Sunday 6 March 2011

PERSATUAN KEBAJIKAN MAHASISWA KEDAH

Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah @ lebih dikenali sebagai PKMK UKM merupakan sebuah persatuan anak negeri yang berdaftar di ukm. Bilik PKMK @ pejabat kecil terletak di aras 3 bangunan pusanika, 43600 ukm bangi, selangor. Pada sesi 2009-2010 PKMK mempunyai 27 orang exco sahaja. Kemudiannya pada sesi ini 2010-2011 jumlah exco bertambah iaitu daripada 27 orang menjadi 38 orang. Ada beberapa nama setiap biro diubahsuai dan ada juga diwujudkan biro baru untuk membuktikan bahawa PKMK adalah salah satu persatuan yang mampu kehadapan dalam membawa nama anak-anak kedah ukm. PKMK mempunyai dua penasihat iaitu Prof Dr. Ismail (Pensyarah Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam di Fakulti Pengajian Islam, Ukm) dan Dr. Azizan Ahmad (Pensyarah Kanan Fakulti Sains & Teknologi). PKMK menganjurkan banyak program seperti OPKIM (operasi khidmat masyarakat), motivasi, kem kerohanian & kepimpinan, MDA (malam darul aman), family day, sukan reakrasi, interaksi dan sebagainya. Program-program yang diadakan melibatkan exco-exco pkmk dan juga ahli-ahli pkmk di ukm. Selain itu, PKMK juga mengadakan hubungan luar @ jaringan bersama anak-kedah di IPTA/IPTS seperti um, usim, kuis, uiam, usm dan lain-lain lagi. PKMK juga selalu menjemput wakil-wakil anak kedah dari  IPTA/IPTS untuk menyertai promram yang pkmk anjurkan bagi mengeratkan silaturrahim.

No comments:

Post a Comment